Friday, 10 October 2014

Ada Apa Dengan Parenting Talk - Siri 2

Assalamualaikum wbt,

Kami mendoakan anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dlm rahmatNya..

Ingin baca siri 1? Klik link ini -> Ada Apa Dengan Parenting Talk - Siri 1

Mengapa Perlu Hadir ke Program Kekeluargaan?
Anda boleh terus membaca post ini & mungkin perlu mempertimbangkan semula pandangan anda tentang program2 mahupun seminar kekeluargaan yang semakin rancak dianjurkan bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.



Point #4 Pengajaran/Lesson Learnt dr Parent Lain
Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari sessi perkongsian oleh penceramah, soal jawab & perkongsian cabaran & pengalaman para ibubapa dan sebagainya. Semestinya semua itu adalah situasi sebenar yang dialami oleh orang di sekeliling kita. 

Secara tidak langsung, sessi perkongsian, perbincangan & resolusi yang dicapai pasti amat bermanafaat sebagai panduan untuk kita. Di samping melahirkan rasa syukur yang teramat padaNya saat mendengar luahan orang lain yang diuji lebih hebat dengan cabaran dalam membesarkan anak2 mereka. 




Point #5 Usaha, doa, tawakal
Sememangnya manusia itu tidak dilahirkan 100% sempurna & tidak membuat sebarang kesilapan. Namun, sebaik2 insan adalah mereka yang berusaha gigih untuk menjadi & memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang diusahakan. Samalah juga dengan konsep membesarkan anak2. Usaha untuk mendalami ilmu kekeluargaan merupakan niat yang murni yang lahir dari naluri ibubapa itu. 

Lantas, diterjemahkan dengan usaha menghadiri apa2 sahaja majlis ilmu yang berkaitan dengan harapan dapat menambah ilmu sebanyak mungkin sebagai panduan untuk aplikasi seharian. Seterusnya, kita banyakkan berdoa & bertawakal padaNya sebagai tempat utama pergantungan. InsyaAllah, niat murni dalam menjaga amanahNya pasti akan membuahkan hasil!



Point #6 Pelaburan utk Masa Hadapan
Selain sibuk merancang pelaburan dari segi asset, wang & sebagainya, luangkan masa untuk melaburkan masa, tenaga & sedikit wang untuk perkara berkaitan ilmu kekeluargaan. 

Yakinlah bahawa ilmu yang dituntut itu, andai diaplikasi dengan betul, ia akan berpanjangan dan menjadi contoh teladan oleh generasi2 kita akan datang dalam mendidik anak2 mereka. 

Ok? Apa kata anda?

Tentang Kami!
Kami amat berbesar hati dpt menjadi sebahagian daripada memori indah anda tatkala mengandungkan, menyusukan & membesarkan si manja! Tercari-cari busana muslimah patuh syariat? Sila lawati link pages di atas atau FB Page : Love Ummi Boutique (LUB) ye!

Salam sayang,
Love Ummi Boutique Family

No comments:

Post a Comment